Thursday, January 28, 2016

Pelangi

kita mahu sentiasa gembira
siapa yang mahukan penderitaan?
tapi kita selalu lupa
takkan ada pelangi tanpa hujan

Wednesday, January 27, 2016

stress!

ingin aku jerit semahunya
ingin aku lari sejauhnya

tapi aku tidak mampu
hanya sekadar diam membisu
hanya sekadar tunduk lesu

kuala lumpur
17 jun 2008

Soal hati 2

aku tanya hati
adakah kau cintakan dia?
hati jawab ya
aku cinta dia, tolonglah dia, selamatkan dia
akal membentak
setelah segala yang kau lalui?

aku tak pasti.

Soal hati

cuba kau lihat cermin
dan bertanya dirimu
apa yang kau mahu?

Damai

damai itu
bukan bermaksud sepi
atau sunyi
damai itu
adalah jiwa
yang tenang dan terus melangkah
dalam hiruk pikuk
walau hingar bingar