Ini kisah
sebuah bani
Dari kolonial hingga milennial
melaung ketuanan atas tanah feudalis dan kapitalis
kononnya tanah ini milik pak dia
Menghunus keris kononnya tulisannya dicerca
Meroyan royan pasal abu orang mati
Sampaikan tanglung yang tak bersalah pun jadi mangsa
Tapi hari ini nampaknya sudah reda kempen pulaukan kedai si sepet
maka berbondong bondong bani ini berbelanja
tapi tunggu sahaja esok sensasi baru di sosial media
Yang baik hanyalah bani itu
sedang yang lain hanyalah penderhaka
pendatang yang tak kenal untung
Kalau sembang politik mesti sembang agama
Padahal ahli politikus dukungan bani itu manusia berpenyakit haloba
siang malam hanya kuasa dan duit di benak mereka
yang tiada ubatnya melainkan mati
Dan ahli agama itu tidak lebih daripada penjual bidadari syurga
bayar sahaja harganya untuk sepotong fatwa
kerana hawa nafsu mereka lebih rakus
berkereta besar berbini dua tiga
Tapi semua itu tidak penting
Yang penting wang ringgit ditabur sehingga penuh saku
walaupun datang dari dompet pencuri yang tak tahu malu
suap sahaja segala subsidi sehingga penuh tembolok
tanpa perlu mengangkat walau seruas jari untuk bekerja
esok pasti meletup indeks gembira
Alangkah sialnya kata kata si mamak tua
Bani ini memang mudah lupa