Thursday, December 8, 2022

sebuah jawapan

apa mungkin ku dongak ke langit mengira bintang? apa mungkin ku selam lautan menduga dalam? ampang avenue 10 jun 2008

lumut di batuan

aku ibarat lumut di batuan yang menumpang dan menghilang bila batu berguling 10 jun 2008 ampang avenue

damai

ku buka pintu itu untuk mu seluasnya masuklah dan berteduh di dalamnya... 5 jun 2008 1.45pm ampang avenue

sepenuh hati

aku meniti langkah bersama segeluk air yang penuh di tanganku jangan kau langgar kerana aku tidak mahu air itu tumpah walau setitik... 5 jun 2008 1.15pm ampang avenue

katakan padaku

di balik pintu itu ada jalan yang tak berpenghujung sudikah kau menemani sehingga langkah mu yang terakhir? 4 jun 2008 12.34am kepong

di manakah aku?

kasih, di manakah rindu mu? adakah di kamar ini? atau di jalanan merah berdebu? 3 jun 2008 12.34am menjalara

di kaki pelangi

kadang-kadang tuhan sembunyikan matahari dia datangkan petir dan kilat kita menangis dan tertanya ke mana hilangnya matahari rupa-rupanya tuhan hendak memberikan kita pelangi 12 november 2005 melaka

kehilangan

sentuhan mu masih ku rasakan hangatnya dalam kedinginan ranjang ku yang sunyi... 2 jun 2008 4.25pm ampang avenue

lari diri mimpi

aku enggan lena kerana aku enggan bermimpi... 30 mei 2008 1.45am kuala lumpur

mencari sinar

aku ibarat bintang kelam mencari ruang untuk bersinar di langit malam... 25 november 2005 melaka

Rindu

matahari telah lama
menghilang di balik ufuk
tapi hangatnya masih berbekas
di hati yang dibalut
kedinginan malam